Home » , , , , , , , , » Mencari ‘Sokongan Sejarah’ Terhadap Kesudahan Sunni – Syiah.

Mencari ‘Sokongan Sejarah’ Terhadap Kesudahan Sunni – Syiah.







Adalah sukar untuk dicari kesepakatan terhadap penentuan tarikh mula munculnya gerakan Syiah. Ia berpunca daripada perbezaan pandangan pelbagai pihak di dalam menentukan pengasas atau pencetus kepada gerakan itu sendiri. Kontroversi yang membabitkan Syiah terus diperbaharui zaman berzaman dan ia berlanjutan hingga kepada era pasca Revolusi Iran yang menjadi suatu lagi batu tanda di sepanjang lebuh perjalanan sejarah Syiah. 

            Apakah sebenarnya status hubungan masyarakat dunia dengan Syiah? Persoalan ini tidak hanya membabitkan keperluan semasa, malah penting untuk menjadi asas kepada ramalan terhadap masa depan tamadun insan, khususnya di persekitaran Timur Tengah sebagai ‘pusat dunia’. Justeru itu, wajarlah persoalan ini digarap dengan bekalan sejarah kerana di situlah akan terserlah skrip sebenar kepada realiti pertembungan di antara Syiah dan Ahli Sunnah wa al-Jamaah. ERA ABDULLAH BIN SABA’ Abdullah bin Saba’ atau juga dikenali sebagai Ibn Sawda’  adalah seorang Yahudi dari San’a di Yaman yang telah menzahirkan keislamannya di zaman Uthman bin Affan RA. Beliau adalah watak yang paling utama memainkan peranan menimbulkan kehuru-haraan di Madinah, Iraq, Syam dan Mesir secara khusus. Dakyah yang berlaku di dalam bentuk penyebaran pendapat siasah bahkan aqidah yang menyimpang, telah mencetuskan fitnah yang membawa kepada pembunuhan Saidina Uthman RA pada 18 Dzulhijjah 35H. 

    Ibn Sawda’ telah menyebarkan pelbagai idea yang kontroversi di kalangan umat Islam khususnya yang berkaitan dengan penyelewengan-penyelewengan yang dinisbahkan kepada Uthman bin Affan. Gerakannya telah mencetuskan pemberontakan di empat penjuru tanah air umat Islam. Beliau juga telah mempopularkan idea kelayakan Saidina Ali RA sebagai pengisi jawatan Khalifah selepas kewafatan Rasulullah SAW dengan apa yang diistilahkan sebagai wasiat Rasulullah SAW. Abdullah bin Saba’  juga menjadi orang pertama yang secara terang-terangan mencela Abu Bakr, Umar, Uthman dan sekalian sahabat. Hal ini diakui sendiri oleh ilmuan Syiah seperti Saad bin Abdullah al-Qummi di dalam al-Maqalaat wa al-Firaq. Tidak terhenti setakat itu, kepercayaan karut tentang kebangkitan semula Rasulullah SAW dan pelbagai fahaman yang kemudiannya menjadi usul teras golongan Syiah, telah dipelopori oleh Abdullah bin Saba’. Inilah puncanya mengapa ramai pihak yang sudah tidak lagi mampu untuk menyembunyikan kecelaan sejarah Abdullah bin Saba’, cuba untuk menanamkan prasangka bahawa beliau tidak wujud secara pasti di dalam sejarah. Idea yang tidak berasas ini didokong oleh sekumpulan Orientalis dan pengkaji Arab serta ramai dari kalangan Syiah semasa [Dr. Muhammad Amahzun, Tahqiq Mawaqif as-Sahabah fi al-Fitnah min Riwaayaat al-Imam at-Thabari wa al-Muhadditheen, Maktabah al-Kauthar, Riyadh, 1994]. Hal ini mustahil dapat diterima akal kerana penyebutan kisah Abdullah bin Saba’  bukan hanya terdapat di dalam satu atau dua karangan ilmuan Ahli Sunnah wa al-Jamaah seperti Tarikh al-Imam at-Thabari malah ia turut disebut secara meluas di dalam sejumlah besar tulisan ulama pelbagai zaman, sama ada oleh Ahli Sunnah mahu pun Syiah sendiri. Tegasnya, Abdullah bin Saba’ adalah merupakan pelopor dan pengasas kepada timbulnya krisis di antara pengikut ajaran Islam sebenar dengan kumpulan Syiah yang berlarutan hingga ke hari ini. Kerugian yang menimpa umat Islam di dalam Peperangan Jamal dan Siffin, pembunuhan Ali RA, anakandanya Husain RA dan pelbagai lagi siri perang dalaman yang tercetus semenjak kematian Uthman bin Affan RA, adalah hasil suntikan fitnah yang dimulakan oleh seorang penjenayah bernama Abdullah bin Saba’. ERA KHILAFAH BANI UMAYYAH Muawiyah bin Abi Sufyan RA telah mengambil alih kepimpinan Islam selepas pembunuhan Ali RA dan berundurnya Hasan RA dari memangku jawatan yang ditinggalkan oleh ayahandanya. Kesatuan umat Islam telah dapat dihasilkan, namun kewujudan kelompok yang mendukung idea Ibn Saba’ terus wujud dan sentiasa menjadi api di dalam sekam. 

                   Sikap keras lagi tegas Muawiyah dan para Khalifah Bani Umayyah terhadap golongan Syiah ini menjadikan mereka terpinggir dari arus perdana untuk beberapa ketika. Analisa terhadap punca yang membawa kepada kejatuhan pemerintahan Bani Umayyah memperlihatkan sekurang-kurang empat kelompok musuh. Mereka adalah penduduk Arab berketurunan Yaman yang tinggal di Khurasan, golongan Mawali (bukan Arab) yang juga berpusat di sekitar Khurasan, kelompok Syiah yang sentiasa berdendam dengan Bani Umayyah, dan golongan keempat adalah terdiri daripada mereka yang menzahirkan diri sebagai Muslim tetapi masih berdendam terhadap Islam serta terus berpegang dengan fahaman pra Islam seperti Rawandiyyah dan sebagainya. Namun, penglibatan Syiah di dalam propaganda Revolusi Abbasiyyah adalah faktor terpenting ke arah tumbangnya Khilafah Bani Umayyah. Muhammad bin Ali telah mewarisi gerakan Revolusi Abbasiyyah yang diasaskan oleh Ali bin Abdullah bin Abbas bin Abd al-Muttalib. 

                     Muhammad bin Ali menyokong perjuangan Abu Hasyim bin Muhammad bin Ali al-Hanafiah yang merupakan seorang Imam Syiah. Ketika Abu Hasyim di ambang kematiannya, beliau telah mewasiatkan supaya Muhammad bin Ali mengambil alih tempatnya sebagai Imam dan semenjak itulah beliau mengepalai gerakan Hasyimiah atau Abbasiyyah. Selepas kematian Imam Muhammad bin Ali pada tahun 125H, berlaku peralihan kepimpinan Revolusi Abbasiyyah hinggalah ke tangan Abu Muslim al-Khurasani yang melancarkan Revolusi Abbasiyyah secara terbuka. Pada masa itu nama Imam Ibrahim yang menggantikan tempat ayahandanya Imam Muhammad bin Ali masih dirahsiakan. Apabila rahsia ini terdedah, Imam Ibrahim telah ditangkap dan dibunuh di Harran (132H) dan beliau telah mewasiatkan supaya saudaranya Abu al-Abbas as-Saffah menggantikan tempatnya sebagai Imam. Walaupun mendapat tentangan daripada Abu Salamah al-Khallal, akhirnya calon yang disokong oleh keluarga Abbas dan Syiah iaitu Abu al-Abbas as-Saffah telah terpilih. Berhasillah kehendak Syiah di masa itu dan akhirnya kepimpinan ummah beralih daripada Bani Umayyah kepada Abu al-Abbas as-Saffah yang mengasaskan Kerajaan Abbasiyyah (132H). ERA KERAJAAN ABBASIYYAH Walaupun kerajaan Abbasiyyah itu tertegak atas kehendak dan maslahah golongan Syiah, mereka masih mengekalkan sikap oportunis dan hanya berpihak kepada kuasa yang boleh memenuhi kemahuan mereka semata-mata. Perpecahan yang serius di antara bangsa-bangsa Muslim mengundang kelemahan yang membunuh kerajaan Abbasiyyah. Namun, kemunculan Hulagu, cucu kepada Genghiz Khan ke Baghdad adalah peristiwa yang paling bersejarah. Di zaman Bani Buwaih, mazhab Khilafah Abbasiyyah adalah Syiah. Namun selepas berpindah kepada Seljuk, mazhab kerajaan kembali kepada Sunni. Akan tetapi, para khalifah di era penghabisan kerajaan Abbasiyyah masih terus percaya kepada tokoh-tokoh Syiah, seperti Mu’ayyid ad-Deen bin al-Alqami. Atas perbalahan yang berlaku di antara Sunni dan Syiah, Mu’ayyid telah menjemput Hulagu mengisi cita-citanya menawan Baghdad. Beliau yang sepatutnya menjalankan tugas mewakili Khalifah untuk berbincang dengan Hulagu, telah berpaling tadah dan seterusnya membuka laluan kepada Hulagu menyerang Baghdad hingga ke akar umbi pada tahun 656H. Ibn Kathir meriwayatkan bahawa, 1,800,000 penduduk Baghdad telah terbunuh di tangan Hulagu dan tenteranya. Suatu insiden yang hitam di dalam sejarah kemanusiaan. 

                           ERA PRA FATIMIYYAH DAN AYYUBIYYAH Kerajaan Fatimiyyah yang bermazhab Syiah merupakan kerajaan kecil pertama yang mengisytiharkan ketuanya sebagai Khalifah yang bebas merdeka daripada pemerintahan Abbasiyyah. Walaupun kerajaan Fatimiyyah mempunyai sumbangannya yang banyak terutamanya kepada aspek pembangunan tamadun material Islam, namun era tersebutlah yang menyaksikan berleluasanya penyebaran fahaman dan amalan syiah yang khurafat, sehinggalah ia ditamatkan dengan kejayaan Salahuddin al-Ayyubi memimpin Mesir dan membawanya kembali kepada mazhab Sunni di bawah kepimpinan Kerajaan Abbasiyyah (567H). ERA OTHMANIYYAH Selepas kejatuhan Baghdad pada tahun 656H / 1258M, kepimpinan umat Islam telah diambil alih oleh Khilafah Turki Othmaniyyah yang diasaskan pada tahun 1299M. Ketika pemerintahan Othmaniyyah berada di kemuncak kegemilangan mereka, wilayah Parsi telah menyaksikan kemunculan kerajaan Syiah Safavid yang diasaskan oleh Shah Ismail I pada tahun 1500. Buat kali pertamanya, tanah air Parsi telah diisytiharkan secara rasmi menganut fahaman Syiah sebagai mazhab rasmi. Sejarah telah memperlihatkan sekali lagi sikap Syiah yang sentiasa memusuhi Ahli Sunnah. Kerajaan Safavid telah melancarkan propaganda menghasut penduduk wilayah Othmaniyyah di timur supaya bangkit memberontak. Malah mereka juga bekerjasama dengan Hapsburgs dari Austria untuk menentang Kerajaan Othmaniyyah. Dalam pada itu, Mesir yang ditadbir oleh kerajaan kecil Mamluki yang mengambil alih pemerintahan dari Ayyubiyyin, turut bekerjasama dengan Safavid menentang Othmaniyyah. Sesungguhnya krisis ratusan tahun di antara Safavid Syiah di Iran terhadap Kerajaan Othmaniyyah telah banyak memberikan implikasi negatif kepada perkembangan kuasa Othmaniyyah yang mewakili Ahli Sunnah itu. Sultan Abdul Hamid II (Khalifah Daulah Othmaniyyah 1876 – 1908) pernah berkata, “Sesungguhnya permusuhan di antara Kerajaan Safavid (Syiah) dan Othmaniyyah (Sunni) tidaklah untuk kepentingan umat Islam bahkan untuk kemaslahatan kufur dan kaumnya” ERA PASCA OTHMANIYYAH Di ambang kejatuhan kerajaan Othmaniyyah, perjuangan Imam Syamil di Daghistan menentang Russia turut menghadapi konspirasi golongan Syiah yang sentiasa menjadi gunting di dalam lipatan. Mereka akan sentiasa berpihak kepada kuasa yang dirasakan boleh menang dan menjamin kepentingan Syiah.

                            Hal ini menjadi lebih kronik selepas perjanjian Sykes-Picot ditandatangani pada 16 Mei 1916. Tanah air umat Islam yang dirampas dari Khilafah Othmaniyyah telah di’faraidh’kan oleh Britain dan Perancis mengikut kehendak mereka. Peta-peta sempadan negara baru dilukis dengan mengambil kira strategi yang diyakini boleh mengekalkan kelemahan umat Islam. Bangsa Kurdi sinonim dengan Salahuddin al-Ayyubi berserta rekod bersih mereka terus setia bersama kerajaan Othmaniyyah, telah ditempatkan sebagai kaum minoriti di semua negara. Sykes-Picot telah melukis peta secara bengkang bengkok supaya bangsa Kurdi menjadi kaum minoriti di Turki, Syria, Iraq, Iran dan Armenia. Ini akan melemahkan mereka dan membolehkan pengaruh mereka dibunuh. Malah sejumlah besar penganut Syiah menjadi penduduk Iraq yang Sunni dan begitu juga, Ahli Sunnah menjadi warga Iran yang didominasi oleh Syiah. Semuanya bertujuan untuk melemahkan umat Islam sedunia. Namun Syiah terus berkembang dengan sikap pragmatik mereka, turut memainkan peranan yang penting sehingga tercetusnya peperangan Pakistan Barat dan Pakistan Timur pada tahun 1971. ERA REVOLUSI IRAN - See more at: http://saifulislam.com/2013/06/mencari-sokongan-sejarah-terhadap-kesudahan-sunni-syiah/#sthash.D0tRNNHp.dpuf

0 comments:

Post a Comment

  • Panduan SOLAT TAUBAT

    15 Dec 2013 / 0 comments

    Original Post Adalah Kat Sini: Ni original post (Surah At-Tahrim: Ayat 8) Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan 'Taubat Nasuha' (taubat...

  • Syiah: Akhirnya Zahid Buat Keputusan Tepat

    15 Dec 2013 / 1 comments

    Setelah hampir dua minggu berpolemik, akhirnya Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membuat keputusan yang tepat dengan menyerah bukti-bukti yang ada mengenai gerakan syiah di neg...

  • Mencari ‘Sokongan Sejarah’ Terhadap Kesudahan Sunni – Syiah.

    05 Dec 2013 / 0 comments

    Adalah sukar untuk dicari kesepakatan terhadap penentuan tarikh mula munculnya gerakan Syiah. Ia berpunca daripada perbezaan pandangan pelbagai pihak di dalam menentukan pengasas atau p...

  • Salahuddin Al-Ayubi Perangi Syiah Sebelum Tawan Baitul Maqdis -Kucha Lana-

    05 Dec 2013 / 0 comments

    Kisah Syiah Di Malaysia kini sedang hangat diperkatakan. Namum sejarah Syiah ini cukup panjang. Kali ini aku ingin mengimbau kisah Salahuddin Al-Ayubi Perangi Syiah Sebelum T...

  • When Umno meets, non-Malays bear the brunt of attack

    04 Dec 2013 / 0 comments

    *We took this story from the Malaysian insider. Maybe the editor and people of Malaysian Insider should look into the wise word of Rafiki. :P  Described as the poster boy of race relations...

  • Tarif Baru Letrik – Berapa Anda Perlu Bayar, Adakah Ia Membebankan?

    04 Dec 2013 / 0 comments

    Kaji dan teliti dahulu jumlah kenaikan sebelum marah-marah dan berdemontrasi. Tiada sesiapa suka kenaikan hatta RM 1 pun. Cuma kadang-kala ia terpaksa dilakukan kerana tuntutan dan keperluan...

  • Wanita ISMA bidas kenyataan Marina Mahathir.

    10 Nov 2013 / 0 comments

    ...

  • The Mind of the Analyst

    10 Nov 2013 / 0 comments

    1. Among the cleverest people in the world are the analysts – the people who can see through solids, even see and recognise what lies behind. This gives them power and as we all know power corru...

  • Kempen ‘ Save Maryam ‘ Amaran Umat Islam Malaysia

    06 Nov 2013 / 0 comments

    Kempen “Selamatkan Maryam” atau savemaryam, mengenai gerakan Kristianisasi di Indonesia kini hangat diperkatakan. Menurut laporan, lebih 2 juta rakyat Indonesia murtad menjadi Kristian setiap ta...

  • SEMUA INI KETENTUAN ALLAH

    25 Oct 2013 / 0 comments

      Pembentangan Bajet 2014 yang telah dibuat oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak mengundang pelbagai reaksi dari kalangan rakyat Malaysia. Bukan apa, rakyat menyang...

  • PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA ketepikan hak kaum lain?

    24 Sep 2013 / 0 comments

      Roketkini.com menjelma dengan artikel mereka yang menyatakan bahawa rancangan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang dilancarkan oleh kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak adalah bersifat ...

  • Apa punca KJ dicabar 5 penjuru?

    23 Sep 2013 / 0 comments

    Pemilihan UMNO kali ini diikuti dengan penuh ‘prihatin’ oleh seluruh rakyat kerana ia dikatakan sebagai pemilihan yang bakal menentukan hala tuju dan identiti negara di masa depan.  M...

  • 50 Dead In Kenya Mall Attack By Jihadis

    22 Sep 2013 / 0 comments

    NAIROBI (AFP) - Kenyan troops battled Sunday to end a siege in an upmarket shopping mall and free hostages held by Somali militants in an attack that has so far killed 59 people.  Spor...

  • MAJLIS PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA

    13 Sep 2013 / 0 comments

    Normal 0 false false false MS X-NONE X-NONE ...

  • Kit Siang dakwa ROS ikut skrip Umno

    05 Sep 2013 / 0 comments

    KUALA LUMPUR: Lim Kit Siang mendakwa Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan (ROS), Datuk Abdul Rahman Othman bertindak mengikut 'skrip' Umno BN untuk memusnahkan DAP.Dalam satu kenyataan sema...

  • Dr Mahathir On Fortune Hunters In UMNO

    02 Sep 2013 / 0 comments

    Dr M: Umno must be cleansed of fortune-hunters, allow the young to move up Dr Mahathir (said) that many joined the party solely to become rich "..Umno leaders at all levels join the party ....

  • Pekida: ‘Kami bukan gengster, kami tolong Melayu’-Diambil dari FMT-

    29 Aug 2013 / 0 comments

    PETALING JAYA: “Sekarang tak kira lu Abang Long ka, lu Ayahanda ka, ini KL gua pegang!” kata Shark tidak puas hati kerana bimbang Malek akan merampas takhtanya sebagai ketua kumpulan kongsi ge...

  • Geng 04 Dan Geng 08 Paling Bahaya Dan Aktif – KDN

    29 Aug 2013 / 0 comments

    PUTRAJAYA, 29 Ogos — Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendedahkan Geng 04 dan Geng 08 yang didalangi kaum India merupakan kumpulan kongsi gelap paling aktif dan bahaya daripada 49 kumpulan kongs...

  • Crimes in Malaysia and Arab Spring is connected?

    29 Aug 2013 / 0 comments

    To those who are monitoring our political scenario from a point of view, one must say that the writer is a ‘paranoid’ or maybe hallucinating trying to connect the Malaysian crime spree with ...

  • The Truth About Malaysian Chinese

    27 Aug 2013 / 0 comments

    By TAI ZEE KIN My dear Chinese friends, I find that this article which has been written by a young Chinese Malaysian brings the true sense and feeling of the Chinese Malaysia from the histor...

  • PRU-13 Sudah Selesai! Sila Tunaikan Tanggungjawab anda!

    12 Aug 2013 / 0 comments

    Kami di Muslim Network Channel (MNC) tidak mengambil pusing pasal hal politik di Malaysia ataupun apa yang sedang berlaku di seluruh dunia. Kami percaya bahawa Allah telah menetapkan apa yang aka...

  • 20 strategi berdakwah kepada bukan Islam

    09 Jul 2013 / 0 comments

    Sepertimana yang telah kita sedia maklum, hampir separuh penduduk negara kita adalah kalangan bukan Islam. Majoriti penduduk bukan Islam adalah terdiri daripada kaum Cina iaitu 25 peratus daripad...

  • Saudara Muslim tanggungjawab bersama oleh Ridhuan Tee Abdullah.

    02 Jul 2013 / 0 comments

    (Al Islam bulan Nov 2010) Bulan lalu, saya didatangi oleh seorang India Muslim yang telah memeluk Islam hampir 10 tahun dan memerlukan bantuan, juga kunjungan follow up seorang warga Peranci...

  • Tabung Haji chief's appointment under spotlight

    02 Jul 2013 / 0 comments

    Jul 2: PAS has urged the BN government to come clean on the criteria in the selection of national Muslim pilgrimage fund Tabung Haji's new chairman. Vice president Mahfuz Omar stressed that the ...

  • Struktur Daulah Khilafah

    02 Jul 2013 / 0 comments

    Ajhizah Ad-Daulah Al-Khilafah (Struktur Daulah Khilafah) Sejak kehancuran Daulah Khilafah pada 28 Rajab 1342H (3 Mac 1924), seluruh sistem pemerintahan Islam pun turut musnah. Sistem Khil...

  • Loading...
    recent post
     
    Support : Your Link | Your Link | Your Link
    Copyright © 2013. Muslim Network Channel - All Rights Reserved
    Template Created by Creating Website Published by Mas Template
    Proudly powered by Blogger