Latest Article Get our latest posts by subscribing this site

Mencari ‘Sokongan Sejarah’ Terhadap Kesudahan Sunni – Syiah.







Adalah sukar untuk dicari kesepakatan terhadap penentuan tarikh mula munculnya gerakan Syiah. Ia berpunca daripada perbezaan pandangan pelbagai pihak di dalam menentukan pengasas atau pencetus kepada gerakan itu sendiri. Kontroversi yang membabitkan Syiah terus diperbaharui zaman berzaman dan ia berlanjutan hingga kepada era pasca Revolusi Iran yang menjadi suatu lagi batu tanda di sepanjang lebuh perjalanan sejarah Syiah. 

            Apakah sebenarnya status hubungan masyarakat dunia dengan Syiah? Persoalan ini tidak hanya membabitkan keperluan semasa, malah penting untuk menjadi asas kepada ramalan terhadap masa depan tamadun insan, khususnya di persekitaran Timur Tengah sebagai ‘pusat dunia’. Justeru itu, wajarlah persoalan ini digarap dengan bekalan sejarah kerana di situlah akan terserlah skrip sebenar kepada realiti pertembungan di antara Syiah dan Ahli Sunnah wa al-Jamaah. ERA ABDULLAH BIN SABA’ Abdullah bin Saba’ atau juga dikenali sebagai Ibn Sawda’  adalah seorang Yahudi dari San’a di Yaman yang telah menzahirkan keislamannya di zaman Uthman bin Affan RA. Beliau adalah watak yang paling utama memainkan peranan menimbulkan kehuru-haraan di Madinah, Iraq, Syam dan Mesir secara khusus. Dakyah yang berlaku di dalam bentuk penyebaran pendapat siasah bahkan aqidah yang menyimpang, telah mencetuskan fitnah yang membawa kepada pembunuhan Saidina Uthman RA pada 18 Dzulhijjah 35H. 

    Ibn Sawda’ telah menyebarkan pelbagai idea yang kontroversi di kalangan umat Islam khususnya yang berkaitan dengan penyelewengan-penyelewengan yang dinisbahkan kepada Uthman bin Affan. Gerakannya telah mencetuskan pemberontakan di empat penjuru tanah air umat Islam. Beliau juga telah mempopularkan idea kelayakan Saidina Ali RA sebagai pengisi jawatan Khalifah selepas kewafatan Rasulullah SAW dengan apa yang diistilahkan sebagai wasiat Rasulullah SAW. Abdullah bin Saba’  juga menjadi orang pertama yang secara terang-terangan mencela Abu Bakr, Umar, Uthman dan sekalian sahabat. Hal ini diakui sendiri oleh ilmuan Syiah seperti Saad bin Abdullah al-Qummi di dalam al-Maqalaat wa al-Firaq. Tidak terhenti setakat itu, kepercayaan karut tentang kebangkitan semula Rasulullah SAW dan pelbagai fahaman yang kemudiannya menjadi usul teras golongan Syiah, telah dipelopori oleh Abdullah bin Saba’. Inilah puncanya mengapa ramai pihak yang sudah tidak lagi mampu untuk menyembunyikan kecelaan sejarah Abdullah bin Saba’, cuba untuk menanamkan prasangka bahawa beliau tidak wujud secara pasti di dalam sejarah. Idea yang tidak berasas ini didokong oleh sekumpulan Orientalis dan pengkaji Arab serta ramai dari kalangan Syiah semasa [Dr. Muhammad Amahzun, Tahqiq Mawaqif as-Sahabah fi al-Fitnah min Riwaayaat al-Imam at-Thabari wa al-Muhadditheen, Maktabah al-Kauthar, Riyadh, 1994]. Hal ini mustahil dapat diterima akal kerana penyebutan kisah Abdullah bin Saba’  bukan hanya terdapat di dalam satu atau dua karangan ilmuan Ahli Sunnah wa al-Jamaah seperti Tarikh al-Imam at-Thabari malah ia turut disebut secara meluas di dalam sejumlah besar tulisan ulama pelbagai zaman, sama ada oleh Ahli Sunnah mahu pun Syiah sendiri. Tegasnya, Abdullah bin Saba’ adalah merupakan pelopor dan pengasas kepada timbulnya krisis di antara pengikut ajaran Islam sebenar dengan kumpulan Syiah yang berlarutan hingga ke hari ini. Kerugian yang menimpa umat Islam di dalam Peperangan Jamal dan Siffin, pembunuhan Ali RA, anakandanya Husain RA dan pelbagai lagi siri perang dalaman yang tercetus semenjak kematian Uthman bin Affan RA, adalah hasil suntikan fitnah yang dimulakan oleh seorang penjenayah bernama Abdullah bin Saba’. ERA KHILAFAH BANI UMAYYAH Muawiyah bin Abi Sufyan RA telah mengambil alih kepimpinan Islam selepas pembunuhan Ali RA dan berundurnya Hasan RA dari memangku jawatan yang ditinggalkan oleh ayahandanya. Kesatuan umat Islam telah dapat dihasilkan, namun kewujudan kelompok yang mendukung idea Ibn Saba’ terus wujud dan sentiasa menjadi api di dalam sekam. 

                   Sikap keras lagi tegas Muawiyah dan para Khalifah Bani Umayyah terhadap golongan Syiah ini menjadikan mereka terpinggir dari arus perdana untuk beberapa ketika. Analisa terhadap punca yang membawa kepada kejatuhan pemerintahan Bani Umayyah memperlihatkan sekurang-kurang empat kelompok musuh. Mereka adalah penduduk Arab berketurunan Yaman yang tinggal di Khurasan, golongan Mawali (bukan Arab) yang juga berpusat di sekitar Khurasan, kelompok Syiah yang sentiasa berdendam dengan Bani Umayyah, dan golongan keempat adalah terdiri daripada mereka yang menzahirkan diri sebagai Muslim tetapi masih berdendam terhadap Islam serta terus berpegang dengan fahaman pra Islam seperti Rawandiyyah dan sebagainya. Namun, penglibatan Syiah di dalam propaganda Revolusi Abbasiyyah adalah faktor terpenting ke arah tumbangnya Khilafah Bani Umayyah. Muhammad bin Ali telah mewarisi gerakan Revolusi Abbasiyyah yang diasaskan oleh Ali bin Abdullah bin Abbas bin Abd al-Muttalib. 

                     Muhammad bin Ali menyokong perjuangan Abu Hasyim bin Muhammad bin Ali al-Hanafiah yang merupakan seorang Imam Syiah. Ketika Abu Hasyim di ambang kematiannya, beliau telah mewasiatkan supaya Muhammad bin Ali mengambil alih tempatnya sebagai Imam dan semenjak itulah beliau mengepalai gerakan Hasyimiah atau Abbasiyyah. Selepas kematian Imam Muhammad bin Ali pada tahun 125H, berlaku peralihan kepimpinan Revolusi Abbasiyyah hinggalah ke tangan Abu Muslim al-Khurasani yang melancarkan Revolusi Abbasiyyah secara terbuka. Pada masa itu nama Imam Ibrahim yang menggantikan tempat ayahandanya Imam Muhammad bin Ali masih dirahsiakan. Apabila rahsia ini terdedah, Imam Ibrahim telah ditangkap dan dibunuh di Harran (132H) dan beliau telah mewasiatkan supaya saudaranya Abu al-Abbas as-Saffah menggantikan tempatnya sebagai Imam. Walaupun mendapat tentangan daripada Abu Salamah al-Khallal, akhirnya calon yang disokong oleh keluarga Abbas dan Syiah iaitu Abu al-Abbas as-Saffah telah terpilih. Berhasillah kehendak Syiah di masa itu dan akhirnya kepimpinan ummah beralih daripada Bani Umayyah kepada Abu al-Abbas as-Saffah yang mengasaskan Kerajaan Abbasiyyah (132H). ERA KERAJAAN ABBASIYYAH Walaupun kerajaan Abbasiyyah itu tertegak atas kehendak dan maslahah golongan Syiah, mereka masih mengekalkan sikap oportunis dan hanya berpihak kepada kuasa yang boleh memenuhi kemahuan mereka semata-mata. Perpecahan yang serius di antara bangsa-bangsa Muslim mengundang kelemahan yang membunuh kerajaan Abbasiyyah. Namun, kemunculan Hulagu, cucu kepada Genghiz Khan ke Baghdad adalah peristiwa yang paling bersejarah. Di zaman Bani Buwaih, mazhab Khilafah Abbasiyyah adalah Syiah. Namun selepas berpindah kepada Seljuk, mazhab kerajaan kembali kepada Sunni. Akan tetapi, para khalifah di era penghabisan kerajaan Abbasiyyah masih terus percaya kepada tokoh-tokoh Syiah, seperti Mu’ayyid ad-Deen bin al-Alqami. Atas perbalahan yang berlaku di antara Sunni dan Syiah, Mu’ayyid telah menjemput Hulagu mengisi cita-citanya menawan Baghdad. Beliau yang sepatutnya menjalankan tugas mewakili Khalifah untuk berbincang dengan Hulagu, telah berpaling tadah dan seterusnya membuka laluan kepada Hulagu menyerang Baghdad hingga ke akar umbi pada tahun 656H. Ibn Kathir meriwayatkan bahawa, 1,800,000 penduduk Baghdad telah terbunuh di tangan Hulagu dan tenteranya. Suatu insiden yang hitam di dalam sejarah kemanusiaan. 

                           ERA PRA FATIMIYYAH DAN AYYUBIYYAH Kerajaan Fatimiyyah yang bermazhab Syiah merupakan kerajaan kecil pertama yang mengisytiharkan ketuanya sebagai Khalifah yang bebas merdeka daripada pemerintahan Abbasiyyah. Walaupun kerajaan Fatimiyyah mempunyai sumbangannya yang banyak terutamanya kepada aspek pembangunan tamadun material Islam, namun era tersebutlah yang menyaksikan berleluasanya penyebaran fahaman dan amalan syiah yang khurafat, sehinggalah ia ditamatkan dengan kejayaan Salahuddin al-Ayyubi memimpin Mesir dan membawanya kembali kepada mazhab Sunni di bawah kepimpinan Kerajaan Abbasiyyah (567H). ERA OTHMANIYYAH Selepas kejatuhan Baghdad pada tahun 656H / 1258M, kepimpinan umat Islam telah diambil alih oleh Khilafah Turki Othmaniyyah yang diasaskan pada tahun 1299M. Ketika pemerintahan Othmaniyyah berada di kemuncak kegemilangan mereka, wilayah Parsi telah menyaksikan kemunculan kerajaan Syiah Safavid yang diasaskan oleh Shah Ismail I pada tahun 1500. Buat kali pertamanya, tanah air Parsi telah diisytiharkan secara rasmi menganut fahaman Syiah sebagai mazhab rasmi. Sejarah telah memperlihatkan sekali lagi sikap Syiah yang sentiasa memusuhi Ahli Sunnah. Kerajaan Safavid telah melancarkan propaganda menghasut penduduk wilayah Othmaniyyah di timur supaya bangkit memberontak. Malah mereka juga bekerjasama dengan Hapsburgs dari Austria untuk menentang Kerajaan Othmaniyyah. Dalam pada itu, Mesir yang ditadbir oleh kerajaan kecil Mamluki yang mengambil alih pemerintahan dari Ayyubiyyin, turut bekerjasama dengan Safavid menentang Othmaniyyah. Sesungguhnya krisis ratusan tahun di antara Safavid Syiah di Iran terhadap Kerajaan Othmaniyyah telah banyak memberikan implikasi negatif kepada perkembangan kuasa Othmaniyyah yang mewakili Ahli Sunnah itu. Sultan Abdul Hamid II (Khalifah Daulah Othmaniyyah 1876 – 1908) pernah berkata, “Sesungguhnya permusuhan di antara Kerajaan Safavid (Syiah) dan Othmaniyyah (Sunni) tidaklah untuk kepentingan umat Islam bahkan untuk kemaslahatan kufur dan kaumnya” ERA PASCA OTHMANIYYAH Di ambang kejatuhan kerajaan Othmaniyyah, perjuangan Imam Syamil di Daghistan menentang Russia turut menghadapi konspirasi golongan Syiah yang sentiasa menjadi gunting di dalam lipatan. Mereka akan sentiasa berpihak kepada kuasa yang dirasakan boleh menang dan menjamin kepentingan Syiah.

                            Hal ini menjadi lebih kronik selepas perjanjian Sykes-Picot ditandatangani pada 16 Mei 1916. Tanah air umat Islam yang dirampas dari Khilafah Othmaniyyah telah di’faraidh’kan oleh Britain dan Perancis mengikut kehendak mereka. Peta-peta sempadan negara baru dilukis dengan mengambil kira strategi yang diyakini boleh mengekalkan kelemahan umat Islam. Bangsa Kurdi sinonim dengan Salahuddin al-Ayyubi berserta rekod bersih mereka terus setia bersama kerajaan Othmaniyyah, telah ditempatkan sebagai kaum minoriti di semua negara. Sykes-Picot telah melukis peta secara bengkang bengkok supaya bangsa Kurdi menjadi kaum minoriti di Turki, Syria, Iraq, Iran dan Armenia. Ini akan melemahkan mereka dan membolehkan pengaruh mereka dibunuh. Malah sejumlah besar penganut Syiah menjadi penduduk Iraq yang Sunni dan begitu juga, Ahli Sunnah menjadi warga Iran yang didominasi oleh Syiah. Semuanya bertujuan untuk melemahkan umat Islam sedunia. Namun Syiah terus berkembang dengan sikap pragmatik mereka, turut memainkan peranan yang penting sehingga tercetusnya peperangan Pakistan Barat dan Pakistan Timur pada tahun 1971. ERA REVOLUSI IRAN - See more at: http://saifulislam.com/2013/06/mencari-sokongan-sejarah-terhadap-kesudahan-sunni-syiah/#sthash.D0tRNNHp.dpuf

Tarif Baru Letrik – Berapa Anda Perlu Bayar, Adakah Ia Membebankan?




Kaji dan teliti dahulu jumlah kenaikan sebelum marah-marah dan berdemontrasi. Tiada sesiapa suka kenaikan hatta RM 1 pun. Cuma kadang-kala ia terpaksa dilakukan kerana tuntutan dan keperluan semasa.
Biarpun kita tidak berpuas hati dengan kenyataan Menteri yang membuat kenyataan mengelirukan, hakikatnya kenaikan ini masih boleh ditampung oleh mereka yang terbabit. Cuma kerajaan perlulah mengurangkan peringkat tariff yang terlalu banyak dan menyebabkan ada orang menanggung kenaikan yang terlalu tinggi.
Jadual di atas (sumber The Star) ialah jumlah yang kita bayar. Jangan marahkan nyamuk, kelambu dibakar.

Kempen ‘ Save Maryam ‘ Amaran Umat Islam Malaysia


Kempen “Selamatkan Maryam” atau savemaryam, mengenai gerakan Kristianisasi di Indonesia kini hangat diperkatakan. Menurut laporan, lebih 2 juta rakyat Indonesia murtad menjadi Kristian setiap tahun.
Pada hemat saya, melihat situasi Indonesia dahulu dan kini, perkara ini tidak mustahil boleh berlaku. Rakan laman muka buku saya menceritakan gerakan Kristian di sana amat hebat dan berkesan.
Antara faktornya adalah (i) kadar kemiskinan yang tinggi boleh menyebabkan orang menjual akidah, (ii) tidak ada perlindungan terhadap Islam dalam perlembagaan, (iii) tidak ada program yang tersusun yang serius untuk menyelamat akidah umat Islam, (iv) saiz negara yang begitu besar, mempunyai lebih 13,000 pulau, menyebabkan sukar untuk dikawal jika mengamalkan sistem demokrasi, (v) agama Islam hanya tinggal pada nama dalam Pancasila, (vi) nama dan cara hidup sudah tidak membezakan antara Islam dengan Kristian, (vii) kebebasan media yang keterlaluan, (viii) tidak ada tindakan dilakukan jika ada usaha untuk memurtadkan orang Islam, (ix) membenarkan perkahwinan antara agama dan sebagainya.
Indonesia dikenali sebagai negara berpenduduk terbesar Islam di dunia. Dahulunya, lebih 90 peratus penduduknya beragama Islam. Kini hanya 200 juta sahaja yang beragama Islam, daripada 240 juta jumlah keseluruhan. Mengikut jangkaan, jika sesuatu tidak dilakukan, pada 2035, Indonesia akan menjadi negara majoriti Kristian.
Jika perkara ini berlaku, ini satu ancaman besar kepada negara Islam kecil seperti Malaysia. Apatah lagi, negara semut ultra kiasu di selatan tanah air yang dahulunya milik Tanah Melayu, sentiasa mencari ruang dan peluang untuk mengambil kesempatan.
Gerakan Kristianisasi tidak kurang hebatnya di sini. Apa yang berlaku di Indonesia ini, cuba dipraktikkan di sini atas nama hak asasi manusia. Kita bernasib baik kerana terdapat perlindungan terhadap Islam dan perlembagaan.
Saya amat berharap kerajaan Malaysia sensitif dengan perkara ini, walaupun ada pihak yang sinis, mengatakan, kenapa kita terlalu takut dengan Kristianinasi, bukankah menjadi tanggungjawab mereka menyebarkan agamanya? Jawapannya, negara kita berbeza dengan negara lain dan perlu mesti bersedia berhadapan dengan perancangan tersusun dan licik orang lain.
Persediaan akidah yang mantap, kekuatan pertahanan dan keselamatan hendaklah dilakukan serentak. Firman ALLAH SWT yang bermaksud: “Dan bersedialah untuk menghadapi mereka (musuh Islam) dengan segala jenis kekuatan yang termampu, daripada kuda perang yang ditambat untuk menggerunkan musuh ALLAH dan musuh kamu serta musuh selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya sedangkan ALLAH mengetahuinya. Apa sahaja kamu nafkahkan pada jalan ALLAH, nescaya akan disempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dizalimi” (Surah Al-Anfal : 60)
Mereka mempunyai kewangan yang mantap dari seluruh dunia. Nusantara Melayu adalah sasaran utama mereka, setelah mereka dilihat seolah-olah telah ‘gagal’ dalam perancangan dakwahnya di barat kerana Islam lebih mendapat tempat di sana. Maka tidak hairanlah begitu ramai bangsa saya yang memeluk agama Kristian.
Inilah yang berlaku di Indonesia. Inilah juga perancangan jahat InterFaith Commission (IFC) dengan 14 tuntutannya, yang mahukan kerajaan mengiktiraf mereka. Ingatlah wahai saudara ku, orang Indonesia itu juga adalah saudara kita.
Selamat mereka, selamatlah kita. Kita tidak boleh berpeluk tubuh. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Seorang Muslim adalah saudara bagi Muslim lainnya, tidak menzalimi atau mencelakakannya. Barang siapa membantu keperluan saudaranya sesama Muslim dengan menghilangkan satu kesusahan darinya, nescaya ALLAH akan menghilangkan darinya satu kesusahan di antara kesusahan-kesusahan pada hari kiamat. Dan barang siapa menutupi aib seorang Muslim, nescaya ALLAH akan menutup aibnya pada hari kiamat” (Riwayat Bukhari).
Bagaimana pula nasib dan hak pembantu rumah Indonesia beragama Islam yang bermajikan mereka yang bukan Islam? Bayangkan jika proses Kristianisasi berlaku, apakah tidak mungkin pembantu rumah ini menjadi murtad? Pihak imigresen perlu melakukan sesuatu. Jika tidak, kita juga dianggap bersubahat.
Akhirnya, marilah kita memberi sumbangan (sedekah) sebanyak mungkin kepada umat Islam di sana untuk mengadakan televisyen Islam dan menyokong segala usaha menyelamatkan akidah umat Islam.
Oleh Dr Redhwan Tee Abdullah

Kit Siang dakwa ROS ikut skrip Umno




KUALA LUMPUR: Lim Kit Siang mendakwa Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan (ROS), Datuk Abdul Rahman Othman bertindak mengikut 'skrip' Umno BN untuk memusnahkan DAP.

Dalam satu kenyataan semalam, Penasihat DAP itu mendakwa, ianya boleh dilihat melalui kenyataan Abdul Rahman yang mengingatkan ahli DAP agar tidak menaruh “harapan palsu” untuk membentuk parti baru jika pendaftaran DAP dibatalkan.

Kit Siang berkata kenyataan Abdul Rahman itu membuatkan pemimpin dan ahli DAP tercengang kerana soal penubuhan parti baru tidak pernah dibangkitkan atau diperkatakan sesiapa dalam DAP kerana tidak ada sebab yang mewajarkan pembatalan pendaftaran DAP.

Beliau juga mendakwa tindakan untuk memusnahkan DAP juga dibuat menerusi kempen yang dinamakan sebagai skuad “DDD” (Demolish/Destroy DAP) dalam tujuh bulan pertama tahun ini termasuk yang ditulis oleh penulis hantu bernama “Father Augustus Chen” namun tiada sebarang pembuktian.

Ianta termasuk dakwaan bahawa “satu-satunya cara untuk Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dapat mengenepikan anggota parti yang tidak menyokongnya, khususnya ahli daripada kaum India, ialah menerusi pembatalan pendaftaran parti.”

Katanya, berdasarkan senario itu, ada cakap-cakap dalam parti yang menyebut bahawa Guan Eng lebih suka jika parti itu dibatalkan pendaftarannya daripada mengadakan pemilihan semula.

“Kerana itulah Ketua Pengarah ROS tidak sanggup menyatakan secara bertulis alasan mengapa beliau tidak berpuas hati dengan pemilihan CEC DAP dan mahu pemilihan semula diadakan,” katanya.

Beliau turut mempersoal tindakan ROS menyerahkan sijil pendaftaran pertubuhan kepada 20 parti politik baru pada Isnin, 2 September lalu iaitu 11 parti dari Sabah, lima dari Sarawak dan empat dari Semenanjung.

"Namun jelas bahawa keputusan meluluskan pendaftaran 20 parti politik itu telah diambil jauh lebih awal, iaitu sebelum beliau mengeluarkan peringatan kepada ahli DAP untuk tidak “menaruh harapan palsu.”

“Persoalan sekarang, apakah KP ROS terus menari mengikut rentak gendang skuad DDD UMNO/BN dan menjadi perkakas usaha mereka untuk memusnahkan DAP,” soalnya.

Dr Mahathir On Fortune Hunters In UMNO



  • Dr Mahathir (said) that many joined the party solely to become rich
  • "..Umno leaders at all levels join the party ...to enrich themselves"
  • chided younger generation as worshipping the West and liberal politics 
  • at the same breath depended on the government for assistance
  • "..intellectuals, who feel struggle for race, religion and nation is irrelevant
  • They feel the struggle for the Malays outdated and behind time
  • this group successful because they benefit from government policies 
  • party must be careful with intellectuals who leaned towards liberal politics 
  • ".this group will not struggle for race, religion and nation but for liberal politics
  • his stand that all posts, except president and deputy, should be contested
  • party election will be held simultaneously on October 19
  • 150,000 delegates from 20,000 branches nationwide will cast their ballots
  • member who desires to contest need only register with the party headquarters 
My comments : Wow lets all go register at party headquarters. 

I disagree with Dr Mahathir that the president and deputy president posts must not be contested.

To cure UMNO of the remnants of the feudal mentality the party must change its constitution and insist that the president and deputy president's post must always be contested.  

If the president remains, UMNO and BN will be kicked out in PRU14. This is as clear as daylight.  

At this point in time the only person who can successfully challenge the president and save UMNO and the future of the Malays is the deputy president. I know there are those among you who do not support the deputy president but that is besides the point.  There is no other alternative. Plus the deputy is a much more decisive person. 

It is also not the time for the deputy president to ponder his personal preferences or whether he should 'lawan Boss'.  Boss, ini bukan pasal 'lawan Boss'.  This is about the future of UMNO, the future of the BN, the future of the Malays and the future of the country. If you dont rise to the challenge, you will have failed the party and the Malays. 

We all know you do not want the position, we all know that you do not want to upset things in the party but it is the position you occupy that puts you in the spot light. This is a moment in history where the future of the country can go to hell or be saved. You are at that very important junction. Please rise to the occasion. The people will be with you.  Take one step forward. Contest the party presidency. 

Dr Mahathir's point that  "many joined the party solely to become rich" is a wee bit late. 

Err before any of you Pakatan dunggus get too excited this is also why many join the Pakatan as well. Do you seriously think those guys join DAP, PAS or PKR for king and country? Are you mad? They are just as mad about money and power. 

The Perak  duo got 10,000 acres of land in Kelantan in just one year after Pakatan ruled Perak. YB Massage Parlour had to be dropped from their line up in 2013 exactly because of the massage parlours. The pas-pis-pus almost shaved the hills botak in Kedah. After PAS ruled Kedah for just one term, trees have become almost extinct in the Pedu area.  

Back to UMNO, not all UMNO members join the party for money. There are plenty of good people in the party. They are usually pushed aside or sabotaged. They are not allowed to rise up.  If you are educated and smart then the cows and the dungs will make sure that you do not rise in UMNO.  If UMNO wants to survive the cows and dungs must be removed. This is the problem in UMNO.

The liberals who think they are liberals are not really liberals at all. They are liberally confused. Kalau daddy tak kasi, siapa nak kasi lagi? Kalau tak ada daddy nak kasi, awak semua boleh hidup ke? Kalau takde Gomen nak kasi boleh pinjam duit kat HSBC ke? 

Kalau JPA tak kasi atau MARA tak kasi boleh ke study kat overseas? Kalau Petronas tak kasi, kalau GLC tak kasi atau bumi quota tak kasi, boleh ke cari kerja dengan Shell atau dengan oil and gas company?

Kalau Gomen tak kasi projek dan kontrak boleh ke beli kereta Porsche? "Buy high sell low" only possible dengan Gomen bro. Kalau Gomen tak ada, kena "buy low sell high" tau.  Tapi kalau "buy low sell high", can you survive? Pikir baik-baik ok.  

Things are not that easy. We are still in the process of nation building. We have not arrived there yet. Jangan kacau peluang orang lain sebab you are confused you boleh survive dengan sendiri. You cannot survive on your own yet ok. 

This is a time of terrible confusion. 


PRU-13 Sudah Selesai! Sila Tunaikan Tanggungjawab anda!



Kami di Muslim Network Channel (MNC) tidak mengambil pusing pasal hal politik di Malaysia ataupun apa yang sedang berlaku di seluruh dunia. Kami percaya bahawa Allah telah menetapkan apa yang akan terjadi dan bakal terjadi untuk kepentingan hamba dan makhluk ciptaannya. Namun begitu, ada sesetengah perkara yang kami rasakan perlu ditegur agar ianya menjadi pedoman kepada insan lain dan juga diri kami sendiri.


Ringkas cerita, terimalah ketentuan bahawa BN telah memenangi pilihanraya umum yang ke-13. Walaupun banyak cacat cela BN, tetapi hanya BN sahaja yang nampaknya mampu menjaga hasrat majoriti tanpa mengenepikan kepentingan minoriti.

Ini bukan bermaksud MNC menyokong mana-mana pemimpin BN atau BN itu sendiri. Namun sebagai rakyat Malaysia yang taat setia kepada agama dan negaranya, ketaatan para penulis di MNC adalah kepada Allah dan Negara.

Kami juga merasakan sudah masanya pembangkang di Malaysia melaksanakan tugas mereka sebagai pembangkang yang baik. Jika buruk kerajaan BN, maka ia disebabkan oleh pihak pembangkang yang gagal menjalankan tugas mereka dengan baik.

Banyak jalan yang masih berlubang, banyak lagi orang miskin dan terlalu banyak kejahatan yang berlaku di Malaysia. Ajukan dan perjuangkan hak rakyat Malaysia, dan bukannya perjuangkan hak anda. Jangan terlalu asyik untuk menjatuhkan BN sampaikan anda lupa akan tanggungjawab anda untuk menjadi pembangkang yang baik.

Nyatakan hasrat rakyat di persada Parlimen.

Nyatakan hasrat rakyat di persada sidang DUN.

Ya! Ketentuan Allah mengatakan anda kalah di PRU-13, namun ia bukan bermakna anda terus mengamuk dan marah kepada BN! Laksanakan tugas anda!



P/S: Rumah Urut dan Kedai Arak makin banyak di Shah Alam. Kesian Rakyat! Lakukan Sesuatu wahai ahli parlimen Shah Alam! Atau anda akan rasakan AZAB Neraka paling dalam kerana menjadi pemimpin yang mengkhianati pengikutnya.
Loading...
recent post
 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Muslim Network Channel - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger