Setelah hampir dua minggu berpolemik, akhirnya Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membuat keputusan yang tepat dengan menyerah bukti-bukti yang ada mengenai gerakan syiah di negara ini kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Menurut laporan Bernama, Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyerahkan semua bukti yang mengaitkan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dengan fahaman Syiah kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk tindakan lanjut.
Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini berikutan kes itu telah masuk ke peringkat penguatkuasaan.
“Segala bukti termasuk bukti Gred A akan diserahkan kepada Jakim kerana kami (KDN) terlibat soal keselamatan manakala soal akidah kita serah kepada pihak berkuasa agama,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Sukan Air Bagan Datoh di sini, hari ini.
Beliau berkata, sebarang tindakan berhubung kes berkaitan Syiah dibuat oleh Jakim dan Majlis Agama Islam negeri.
KDN sebelum ini mendedahkan 10 bukti yang dikategorikan sebagai Gred B mengenai pembabitan Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu dengan Syiah.
Bukti kukuh yang dikategorikan sebagai Gred A belum didedahkan kepada umum.
Ditanya sama ada bukti Gred A akan didedahkan kepada umum, Ahmad Zahid berkata bukti itu hanya akan diserahkan kepada Jakim.
Keputusan Zahid ini sangat tepat kerana bidang kuasa pencegahan ajaran sesat dan menyimpang dari Islam adalah di bawah Jakim dan Majlis Agama Islam Negeri-negeri.
KDN dan Polis hanya bertanggungjawab membantu penguatkuasaan bukannya mengetuai penyiasatan dan pendakwaan.
Kami di Muslim Network Channel berpendapat bahawa ini adalah pertikaian politik, Masalah UMNO Vs PAS dan bukannya Sunni Vs Syiah. Bahaya Syiah ini telah terlalu lama dibiarkan tanpa sebarang tindakan proaktif daripada pihak kerajaan sebelum ini. Datuk Seri Zahid Hamidi pula telah mewujudkan satu retorik apabila mereka melaksanakan dasar yang menggunakan agama untuk menyerang seorang ahli politik yang lain Pada hemat kami, UMNO tidak lebih dan tidak kurang, sama dengan PAS dalam konteks menjual agama demi kepentingan politik parti masing-masing.
ᐉ Casino Robots For Sale Online at Casino PokerDos
ReplyDeleteLooking for a 피망 슬롯 머신 way to try your hand at bet365 우회 the 호벳 best game of the year casino slots? 카 심바 We provide our casino Robots, allowing you to create a 도박 사이트 range of casino games