Home » » PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA ketepikan hak kaum lain?

PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA ketepikan hak kaum lain?

  Roketkini.com menjelma dengan artikel mereka yang menyatakan bahawa rancangan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang dilancarkan oleh kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak adalah bersifat rasis, mengetepikan hak kaum lain seterusnya mewujudkan jurang yang lebih besar antara golongan kaya dengan golongan miskin.

  Benarkah seperti yang didakwa mereka? Namun persoalan ini telahpun dijawab oleh  Prof. Madya Dr. Samsul Adabi Mamat, iaitu seorang pensyarah di Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia. Kata beliau projek Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera adalah salah satu usaha kerajaan untuk menyeimbangkan ekonomi antara kaum, yang mana pada hari ini hakikatnya Melayu dan Bumiputera jauh ketinggalan dalam arus ekonomi. 


  Jadi, apakah salahnya jika kerajaan sekadar hendak memajukan Melayu dan Bumiputera supaya dapat sama-sama bersaing dalam arus ekonomi dengan bangsa lain? Kenapa mereka terlalu takut dengan projek Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera, sedangkan mereka jauh lebih mendahului berbading golongan yang hendak diberi bantuan tersebut? Adakah mereka takut pada persaingan? Adakah mereka takut yang Melayu dan Bumiputera dapat merampas kembali sektor ekonomi negara lantas mereka kehilangan kuasa? Bukankah persaingan dalam ekonomi dapat membangunkan serta memajukan lagi sektor ekonomi negara?

  Malah, jika dilihat hanya DAP sahaja yang menghentam projek ini, manakala sekutu mereka iaitu PAS tidak pula menolak program yang dilaksanakan kerajaan, PAS hanya meminta supaya langkah ini betul-betul berkesan dalam membantu meningkatkan ekonomi Melayu dan Bumiputera. Nah, sudah jelas, terang dan nyata tanpa perlukan lampu lagi bahawa DAP sebenarnya hanya mementingkan kuasa mereka untuk mentadbir negara Malaysia, bukanlah hendak memperjuangkan kebajikan rakyat keseluruhannya seperti mana yang dicanangkan mereka sejak penubuhan parti tersebut. Malah mereka mendakwa bahawa PAS turut menolak rancangan kerajaan ini. 

  Tak perlu diulas dengan lebih panjang lagi, sekarang sudah jelas siapa lawan sebenarnya. Siapa musuh dalam selimut.

0 comments:

Post a Comment

Loading...
recent post
 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2013. Muslim Network Channel - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger